
Buku-buku boleh didapati di semua kedai buku seluruh semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Bagi pembelian di luar negara, ia boleh dibeli secara online dengan klik pilihan buku di bawah.
Jadilah sebahagian daripada pengalaman istimewa ini. Kerana anda istimewa, dapatkan dengan diskaun secara online hari ini!
Bagaimana hendak mendapatkannya.

-
Pertama. Dapatkan di kedai-kedai buku utama berhampiran dengan anda. Rangkaian kedai buku Popular, MPH, Borders, Kinokuniya, Times dan Thai Khuang atau mana-mana kedai buku berdekatan. Kesukaran mencarinya, berikan tajuk buku dan nama pengarangnya kepada petugas.
-
Kedua. Lebih cepat dan mudah. Hanya klik kulit buku tajuk pilihan di bawah dan kami hantarkan terus ke rumah anda. Diskaun untuk pembelian secara online.
Sinopsis
Hadiah untuk diri dan untuk yang diingati.
Buku yang menghadiahkan
kepada pembaca tip-tip menarik bagi menawan dan memikat hati kaum Adam.
Persoalan bagaimana memahami hati si lelaki dan cara-cara terbaik
menyampaikan hasrat kepadanya bakal terjawab di sini.
Buku “Magnet Cinta : Membuat Sesiapapun Tertarik Hati Setiap Masa Setiap Waktu” karya Zamri Mohamad menghadiahkan pembaca tip-tip menarik bagi menawan dan memikat hati kaum Adam. Persoalan bagaimana memahami hati si lelaki dan cara-cara terbaik menyampaikan hasrat kepadanya bakal terjawab di sini.
Apa yang membuatkan buku ini lebih menarik, ia dikupas dan diadun dengan bersandarkan pengalaman, kajian, catatan cerita menarik dan pemerhatian penulis. Paparan kisah-kisah serta cerita-cerita yang menemani pembaca sepanjang penerokaan “Magnet Cinta” mampu memberikan penjelasan yang lebih mendalam tentang isu-isu yang diutarakan. Kata-kata yang berbentuk ‘kad-kad cinta’ yang menarik turut menghiasi laman pembacaan dan amat praktikal untuk pasangan suami dan isteri.
Apa yang aku dapat simpulkan,banyak
perkara yang aku pelajari dalam buku ini. Walaupun sebahagiannya aku
sudah sedia maklum kerana pakar rujukan terbaik dan utama dalam hidup
aku adalah emaku sendiri. Aku dapati kebanyakan tips di dalam buku ini
aku sudah sedia mempelajarinya dari emakku sendiri. Jadi setiap kali
membelek helaian di dalamnya aku akan tersenyum sendiri. Benarlah
kata-kata dan pesanan emak selama ini.
Dalam bab ini menceritakan tentang seorang wanita yang berkongsi pengalaman hidup bersama suaminya selama 30 tahun.Wanita berusia sekitar 50 tahun itu menceritakan bahawa suaminya suka mengumpul keratan resipi yang diguntingnya daripada suratkhabar.
Menurut wanita ini, suaminya sering meletakkan keratan resipi tersebut di tempat yang terbuka seperti di atas peti sejuk, di atas meja dapur,adakalanya diselitkan di dalam buku.
Tidak semua resipi yang digunting oleh suami wanita tersebut, hanya resipi tertentu sahaja. Menurut wanita ini pada mulanya beliau tidak memahami maksud tersirat di sebalik perbuatan suaminya itu namun akhirnya beliau mulai faham yang suaminya meminta beliau memasakkan resipi yang telah diguntingnya itu.
Menurut wanita ini lagi
“Orang lelaki lebih suka memberitahu keinginannya dengan
perbuatan tanpa perlu cakap banyak.pandai-pandailah orang perempuan
bagi membaca fikirannya dan buat perkara yang dirasakan perlu”
Apabila membaca kisah keratan resipi ini,membuatkan aku tersenyum sendiri, hendak tahu kenapa?
Kerana ayahku mempunyai tabiat yang sama suka menggunting resipi dalam suratkhabar yang mana dia berkenaan. Barulah aku tau sekarang kenapa Patutlah emak aku selalu cak, “Ayah kamu yang gunting resipi tu”Apabila aku tanya siapa yang kumpulkan resipi sampai penuh satu album. Cuma kadang-kala emak tidak ada masa nak membuatnya. Aku faham emak aku pun tak berapa sihat.
Satu lagi, ayah aku akan pergi ke kedai, beli semua barang-barang yang dia perlukan, selepas itu dia bawa balik, dia letak di dapur. Tidak cakap apa pun, tengok-tengok dia sedang baca suratkhabar di luar rumah. Ini kisah sebelum sebelah mata ayahku tidak boleh melihat lagi, manakala sebelah lagi sudah pun sedia kabur akibat katarak.
Tengok bahan pun emak aku faham yang ayah aku nak makan apa, pengat pisang, bubur kacang atau puteri mandi.
Biasanya mak aku akan buatkan masa itu juga. Masa aku menaip ini pun aku rasa nak tersenyum.
Ayah, betul lelaki ini, dia tunjukkan keinginannya melalui perbuatan.
Respon 2Salbiah Sirat
Tebans Gardens Road
Jurong, Singapura.
Jika tidak silap, saya memiliki Magnet Cinta di
Malaysia. Magnet Cinta banyak merangkumi berbagai aspek tentang cinta.
Bagi pendapat Sal, cinta adalah satu penjernihan peribadi yang terdapat
dalam jiwa manusia. Ia merupakan satu fitrah. Encik zamri yang menulis
buku itu ya. Tahniah! Satu motivasi tentang cinta yang amat kuat. Sal
jika hendak menulis buku, mungkin berkenaan motivasi cinta dan minda.
Ada rakan-rakan Sal yang putus cinta. jangan marah ya! Gurau sahaja!
Isi kandungan
Prakata
Bahagian 1: Bahasa kita
bahasa hati.
1. Rentak bahasa badan ikut tarian hati.
2. Tanam pinang rapat-rapat.
3. Hormat dan sayang datang bersama.
4. Tingkatkan keyakinan jiwa kekasih
5. Aku dan dia menjadi Spielberg bersama.
6. Teman perjalanan bersama.
7. Tembok keyakinan terhadap pasangan.
8. Sepuluh kata-kata manis pengikat hati
9. Satu bahasa dua makna.
10. Jadilah orang pertama di sisi yang tersayang.
Bahagian 2: Melihat dunia
dari kaca mata si dia.
11. Saya suka dan dia minat.
12. Hangat, mesra dan ceria di bawah satu bumbung.
13. Jiwa cinta takut-takut juga.
14. Jutawan cinta yang pemurah.
15. Lelaki juga perlukan sentuhan emosi.
16. Keratan resipi sang suami.
17. Permintaan lampu hijau.
18. Pamerkan minat kita terhadap kesukaannya.
19. Cinta pisang goreng.
20. Rancangan realiti cabaran berkomunikasi dengan si dia.
21. Hobi pemikat hati.
22. Si suami pun cemburu dengan isteri.
23. Lain tubuh, lain perangai.
24. Berselerak sana-sini sistematik namanya.
25. Dengar-dengarkan, jangan ketinggalan.
26. Satu suara empat corong
Bahagian 3: Kempen
pilihan raya cinta.
27. Jenamakan pasangan dengan jenama positif
28. Jenama diri, jenama yang dikenang-kenang.
29. Kempen menaikkan nama yang dikasihi.
30. Anak-anak pelembut hatinya.
31. Anak-anak orang kuat kempen menawan hati.
32. Tanah liat acuan diri sendiri.
33. Selami dasar hatiku.
Bahagian 4: Hati-hati
ombak menghempas pantai.
34. Usahlah cepat melatah.
35. Geramnya saya!
36. Ombak emosi, ada yang surut ada yang naik.
37. Kritikan, si penembak hati yang tepat.
38. Tujuh halangan berganti-ganti menanti di balapan
Biodata Penulis



