writers.net
 
Home Writers Literary Agents Editors Publishers Resources Discussion WritersNet Email  
  Log in  |  Join WritersNet

Published Writers browse by location | browse by topic | add listing  |  faqs

Published Book or Work by:

Zamri Mohamad

Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas

Published by PTS (Malaysia) Publication & Distributor
Julai 2006
ISBN: ISBN 978983-3585-31-1

Buku-buku boleh didapati di semua kedai buku seluruh semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Bagi pembelian di luar negara, ia boleh dibeli secara online dengan klik pilihan buku di bawah.

Jadilah sebahagian daripada pengalaman istimewa ini. Kerana anda istimewa, dapatkan dengan diskaun secara online hari ini!

Bagaimana hendak mendapatkannya.

  • Pertama. Dapatkan di kedai-kedai buku utama berhampiran dengan anda. Rangkaian kedai buku Popular, MPH, Borders, Kinokuniya, Times dan Thai Khuang atau mana-mana kedai buku berdekatan. Kesukaran mencarinya, berikan tajuk buku dan nama pengarangnya kepada petugas.

  • Kedua. Lebih cepat dan mudah. Hanya klik kulit buku tajuk pilihan di bawah dan kami hantarkan terus ke rumah anda. Diskaun untuk pembelian secara online.

Penulis : Zamri Mohamad
Jumlah Muka surat : 308



Sinopsis

duit.gifKetahui bagaimana cara hendak menambahkan pendapatan dengan menulis artikel di majalah-majalah. Menjadi seorang penulis bebas tidak sekadar tertakluk kepada bakat semata-mata. Kaedah pengurusan masa, kaedah membina matlamat dan strategi menjana idea adalah faktor-faktor yang membantu seorang penulis bebas dalam pengkaryaan. Inilah antara perkara-perkara yang jarang disebut tetapi penting dalam merancang kejayaan.

Buku ini disediakan khusus bagi mereka yang mahu men-jadikan penulisan majalah sebagai kerjaya sampingan dari rumah. Ia menguntungkan mereka sebagai seorang penulis bebas tanpa perlu menjejaskan pekerjaan yang sedia ada.

Buku ini juga disusun khusus bagi para remaja yang berminat mencipta nama dan membina saluran kewangan yang membantu bagi tujuan peribadi mereka. Ia menggabungkan pelbagai jenis strategi berjaya yang digunakan oleh penulis-penulis bebas yang berjaya mengumpul ribuan pembaca menjadi kelompok pembaca setianya meskipun pada usia yang muda.

Menjadi seorang penulis bebas tidak sekadar tertakluk kepada bakat semata-mata. Kaedah pengurusan masa, kaedah membina matlamat dan strategi menjana idea adalah faktor-faktor yang membantu seorang penulis bebas dalam pengkaryaan. Inilah antara perkara-perkara yang jarang disebut tetapi penting dalam merancang kejayaan.

Pendekatan-pendekatan yang kurang berjaya turut di-ketengahkan bagi membantu para penulis bebas supaya tidak melakukannya buat kali kedua. Ia juga sebagai mengambil langkah sesuai bagi menjimatkan masa dan usaha yang di-tumpukan dalam penulisan rencana bagi keperluan majalah.

Menariknya, buku ini tidak memerlukan setiap pembacanya mengikuti satu demi satu bab dari awal hingga akhir. Tetapi buku yang disusun dengan bahasa yang mudah dan contoh yang boleh difahami ini memberi kebebasan kepada para pembaca memilih mana-mana bab yang dikehendaki dan terus bertindak mengikut keupayaan diri tanpa perlu bimbang daripada ketinggalan. 

Testimonial Pembaca

syafiq.jpgBlog Syafiq Zulkafli http://typeace.blogspot.com/2007/08/nilai-seorang-editor.html

“Apabila saudara menghubungi editor, perkenalkan diri saudara sebagai penulis bebas. Saudara mungkin pelajar dari mana-mana kolej ataupun universiti, tetapi perkenalkan diri saudara sebagai penulis bebas. Tujuan menghubunginya mungkin dengan sebab yang pelbagai, sama ada mahu membincangkan berkaitan artikel-artikel yang hendak saudara hasilkan dan menyerahkan kepada pihak majalah, perkara-perkara yang saudara mahukan sebagai panduan bagi memudahkan penerimaan editor pada artikel-artikel saudara ataupun apa sahaja yang berkaitan.”

(Dipetik daripada Buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas)

Petang tadi saya dihubungi oleh Kak Shahriza Sidin, Editor Majalah Fokus SPM. Teringat saya beberapa bulan yang lalu, dapat berhubungan dengan beliau hanya menggunakan khidmat emel. Alhamdulillah, setelah beberapa lama terputus talian, dapat juga kami berbual bersama.

Justeru disebalik itu, kejayaan seorang editor bukanlah suatu tugas yang mudah. Bermula dari menghasilkan karya, mengedit karya, dan akhir sekali menyuntingnya merupakan perkara yang boleh dianggap rumit. Namun, inilah tanggungjawab yang harus digalas oleh seorang editor.

Berlatar pendidikan agama, saya lebih menjurus ke arah dua bidang utama. Menulis untuk ruangan agama, selain daripada ruangan undang-undang keluarga. Beberapa ketika, saya latih diri untuk memahami perjalanan sastera tanah air atau mudah disebut Kesusasteraan Melayu. Insya-Allah, jika diberi kekuatan, saya akan teruskan di dalam bidang ini.

Isi kandungan buku

Prakata

Pendahuluan

Bahagian 1 Dunia Penulis Bebas
Mengapa Menjadi Penulis Bebas
Kuasa Kreatif Tidak Mengira Umur
Penulis Bebas Bermula seperti Seorang Bayi Kecil
Kualiti Seorang Penulis
Stail Seorang Penulis
Personaliti Penulis Bebas Melalui Warna
Belajar Menerima Perubahan
Menjadi Penulis Bebas kepada Seorang Pakar
Kisah Lee Beadling
Hendak Menggunakan Parang, Asahlah Terlebih Dahulu
Memahirkan Kaedah Penulisan Anda
Langkah-langkah Awal Mengatasi Masalah
Blok Penghalang Seorang Penulis Bebas
Mengurus Matlamat dengan Bijaksana

Bahagian 2 Veni Vedi Vici Dunia Majalah
Perbezaan Artikel di Akhbar dan Majalah
Tiga Dongengan bagi Seorang Penulis Bebas
Mengkaji Sesebuah Majalah
Menulis di Pasaran Kecil bagi Pendapatan yang Besar

Bahagian 3 Menjana Idea dan Pengurusan Maklumat
Tiga Belas Kaedah Bagaimana Mendapatkan Idea
Menggerakkan Kelima-lima Deria
Berkenalan dengan Orang Asing
Mendapatkan Bahan Melalui Program-program

Bahagian 4 Kenali Pembaca Budiman
Penulis Bebas adalah Seorang Pembaca
Mengenali Pembaca Anda
Membina Pembaca dalam Imaginasi
Menangani Respons Pembaca yang Negatif

Bahagian 5 Temu Bual Individu Berautoriti
Jenis Temu Bual Pilihan Diri
Meminta Ditemu bual
Strategi Semasa Sesi Temu Bual
Salah Bertanya Salahlah Jawabnya
Jangan Sekali-kali Jangan Begini

Bahagian 6 Mulakan Penulisan Anda
Bersedia untuk Berkarya
Menyediakan Rangka Kasar Penulisan Anda
Intonasi dan Stail Penulis Bebas
Jenis-jenis Artikel
Tajuk yang Mencetus Perasaan Ingin Tahu
Pembukaan yang Hebat
Tiga Belas Jenis Pembukaan yang Mantap
Memberi Contoh yang Sesuai bagi Sebuah Artikel
Penutup yang Memberi Kesan

Bahagian 7 Menyemak dan Menyunting
Keperluan 6M bagi Menyemak Semula
Menyunting Artikel
Kaedah Menyunting Hasil Artikel yang Sudah Siap

Bahagian 8 Menghantar Artikel
Artikel Penuh ataupun Surat Iringan Terlebih Dahulu
Bagaimana Sekiranya Anda Tidak Mempunyai
Sebarang Pengalaman
Jangan Tersilap Langkah Sebelum Bermula
Memilih Masa yang Sesuai Menghantar Artikel
Siapakah yang Membuat Keputusan pada
Hasil Rencana Anda?
Teruskan Menghantar Manuskrip Rencana Anda

Bahagian 9 Mengikat Tali yang Putus
Mengatasi Penolakan
Sejarah Berkata, Anda Bertahan dan Anda Berjaya
Belajar Prinsip Sepuluh Peratus Sang Peniaga
Kenal Pasti Mengapa Mereka Menolaknya

Bahagian 10 Siapalah Penulis Tanpa Editor
Kehidupan Editor
Hubungi Editor dan Katakan Anda Penulis Bebas
Apa Kata Editor

Bahagian 11 Penulis Bebas Menguasai Dunia Maya
Mencari Maklumat dengan Internet
Mencari Idea Melalui Penggunaan Komputer
Penggunaan Laman Web dalam Membina
Jaringan Reputasi Anda
Teknologi Membantu Anda

Penutup
Bibliografi
More Information...
Business , Communications , Community/Public Affairs , Educational , General , Hobby , How-To , Language and Literature , Other , Psychology , Reference , Scholarly , Textbook
 
0 comments You must be logged in to add a comment